cara pengeposan

MACAM MANA NAK POS BARANG GUNA POSLAJU?

Hai. Entry kali ni sya nak share tentang cara-cara nak pos barang guna poslaju.

LANGKAH PERTAMA

Sila balut barang yang nak pos tu siap-siap dekat rumah. Boleh balut pakai bubble wrap,
kertas minyak, plastik pape je la. Plastik yang korang dapat kalo beli belah kat mall pon boleh. 
Plastik Thank You kita panggil.  Just packing bagi barang tak berterabur. CONTOH tudung, baju
ke pape lipat dan bungkus elok2.. Tak de la dia terburai. Jika ada barang-barang fragile atau
mudah pecah balut la pakai bubble wrap ye. Lebih terjamin keselamatan barang.





Contoh plastik thank you. Nak pos terus cam ni pon boleh tapi takut terkoyak lak masa dalam
 proses penghantaran. Dorang tak menatang barang-barang ni ibarat minyak yang penuh okey. 
haha. Beratus lagi barang pos dorang nak handle. Kalo nak pos gini boleh pastikan bahagian
dalam ada balut-balut 1 helai lagi plastik. Atleast kalau koyak lapisan pertama tak jejas
kandungan barang tu kan.. Plastik last sekali leh sarung dari plastik poslaju punye (terpulang).

LANGKAH KEDUA

Pergi ke pejabat poslaju.Isi consigment note pulak. Wani panggil kertas poslaju je. hehe. Ini
contoh ye. Yang purple untuk PRABAYAR. Yang Oren tu Pos biasa (timbang punye).  Tak sure
yang mana, boleh tanya kat kaunter poslaju ok.


pic edit


LANGKAH KETIGA
Isi borang tersebut. PENGIRIM adalah kita. PENERIMA adalah customer. Nama , alamat dan no hp. 3benda ni wajib di isi ye.. Dah isi borang then pegi timbang n bayar.. SETTLE Untuk Prabayar tak perlu bayar dah. Just drop kat kaunter.


PLASTIK TIMBANG

Plastik ni kena beli kat poslaju. 10 keping rm2 je kot utk saiz S. 50keping pun ada tapi wani tak tau lak berapa. huhu. Lupa. Lain saiz lain harga ye. Ada sai S, M, L, XL. Perlu bayar selepas timbang. 

pic credit

PLASTIK PRABAYAR UNTUK POS SEMENANJUNG SAHAJA
Plastik ni hanya bayar sekali je.. Masa beli. Pastu masukkan barang korang dalam plastik atau kotak yang muat. Then serahkan je tanpa ada apa-apa bayaran tambahan lagi.




PLASTIK PRABAYAR UNTUK SABAH SARAWAK


Masukkan barang kat plastik atau kotak yang bersesuaian, kemudian serahkan kat kaunter. SETTLE .


POS DOMESTIK

Untuk barang berat dan besar, korang boleh bungkus pakai plastik sampah hitam atau kotak pape je yang muat. Pastu soletape setiap sisi. Nak bagi cantik balut la pakai kertas minyak. pembalut hadiah pon boleh.


Ini contoh. Cari la kotak yang tak pakai. Masukkan dalam tu. Nak kemas balut pakai kertas
 minyak diluar kotak. 

Jika ada barang yang ringan tapi besar contoh bantal atau benda berat dan besar anda boleh
 pakai pos domestik. Gambar dibawah ini berbezaan kertas pos domestik dan poslaju.

-POSLAJU ambil masa 1-3 hari waktu bekerja.
-POS DOMESTIK ambil masa 5-7hari waktu bekerja. (sesuai untuk barang besar dan berat 
kerana lebih murah)

POS DOMESTIK NI DALAM RM7. Kalau pakai poslaju mau puluh-puluh RM. Peluh peluh
 aih nak bayar. hehe

dah packing,dan dah siap tulis alamat semua kan. So boleh la pos barang korang. Nampak 
tak no EF ------- MY tu. Itu la no tracking. Bagi kat customer kita. Supaya mereka tahu barang 
dah sampai mana. Itu kena check kat web poslaju ye. Mudah kan. Okey harap-harap bermanfaat
 untuk korang. Sharing is caring gitu.. Happy posto-posto..

14 comments:

suechentavet said...

X fhm. 😂

Anonymous said...

sama hahahhahahhhha

Unknown said...

Pak cik nak pos sambal dangin ke anak dari kota bharu ke shah alam.
Pacik bungkus dalam kertas minyak dan bawa kepejabat pos. Disana pakcik ambil nombor dan tunggu kaauter panggil. Gitu ke?

Anonymous said...

https://najlaafir.blogspot.com/2011/08/first-time-guna-perkhidmatan-poslaju.html?m=1

baca kat sini mudah faham

T_Eyma Coway said...

Hi sis. Ada idea mcm mana nak bungkus car seat utk pos?

Unknown said...

Sya nak hantr barg balik sabah sebb dah habis study... So kiranya better guna pos domestik laut lah kan? Kalau nak guna pos domestik laut ni, ada limit berat kah? Sebb brg sya boleh lah dikatakan banyak... Mohon bantuannya...

Bingo.blogspot said...
This comment has been removed by the author.
Bingo.blogspot said...

Macam mana nak pos kotak besar.kotak biasa. Mahal ke smpi kaunter apa kna buat ambil no giliran lg ke?

Unknown said...

Sy nak pos seluar baju untuk customer tp terus pergi sana atau bungkus siap je kat rumah.. alatan bungkusan Pon xde ni huhu lg pom kte meme xreti pom..huhu

Unknown said...

Bungkus dulu siap ii kt rumah pastu pergi ke pejabat post, diorg akan handle barang awk

Unknown said...

KAN HAHAHAHHAHA

Unknown said...

bubblewrap tu takde jual ke kt poslaju? kena beli sndiri eh

Anonymous said...

bublewrap x pasti la ada ke x kat pejabat pos.
tapi yang pasti bubblebee air dia sedap la jugak

Unknown said...

Yg borang apa semua tu ,staff poslaju ke atau kita sendiri yg tampal kat parcel ?